Seniwati Mariani Meninggal Dunia

252
0
SHARE

PETALING JAYA: Seniwati Mariani atau Mariam Ismail meninggal dunia pada pukul 7.32 malam, Selasa.

Berita berkenaan disahkan sendiri oleh anaknya, Melissa Saila melalui akaun Twitter.

“Bismillahirohmanirahim. Ibu saya Mariam @ Mariani Bt Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32,” tulis Melissa.

Sementara itu menerusi laman Instagram, Melissa memberitahu jenazah ibunya kini berada di rumahnya di Taman Kosmo Jaya, Sentul di sini sebelum urusan pengebumian diadakan.

Bagaimanapun, Melissa tidak memaklumkan punca kematian ibunya.

Kakak kepada Biduanita Puan Sri Saloma itu dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura.

Mariani adalah antara Seniwati terkenal dan berjaya ketika zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas di Singapura.

Sepanjang kariernya yang bermula pada tahun 1952 sehingga kini Mariani pernah membintangi ratisan filem dan drama yang diantaranya seperti Istana Impian, Kembali Seorang, Labu Labi, Nasib Labu-Labi, Tiga Abdul dan Masam-Masam Manis.