Sekurang-Kurangnya 62 Jemaah Maut Kren Tumbang Di Makkah

605
0
SHARE

RIYADH: Sekurang-kurangnya 62 jemaah haji dilaporkan maut, manakala ramai yang cedera apabila sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut di Masjidil Haram, semalam, kata laporan.

Stesen televisyen Arab Saudi, Al Arabiya melaporkan beberapa orang terkorban manakala sejumlah lain cedera. Sumber tempatan berkata kelmarin, angin kencang dan ribut menyebabkan kren terbabit tumbang.krenjatuhmekah2

Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi mengesahkan kejadian itu dalam Twitter, namun tidak memberi sebarang butiran lanjut mengenai mangsa yang maut dan kerakyatan.

Umat Islam menunaikan ibadat haji tahunan yang bakal berakhir hujung bulan ini, dan pihak berkuasa Arab Saudi berusaha melakukan pelbagai persediaan bagi menerima jutaan jemaah dari seluruh dunia.

Tahun lalu, kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan haji atas sebab-sebab keselamatan berikutan kerja pembinaan untuk membesarkan Masjidil Haram. Lebih dua juta jemaah menunaikan haji pada tahun sama. – AGENSI