Sekolah Ditutup Sekiranya Cuaca Panas Berterusan‎ – Mahdzir

190
0
SHARE

KOTA BAHRU: S‎esi persekolahan di negeri yang mengalami cuaca panas melampau akan ditangguhkan sekiranya suhu terbabit berlarutan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara terbabit perlu diberi perhatian memandangkan beberapa negeri di utara Semenanjung seperti di Perlis dan Kedah mengalami suhu mencecah 39.2 celcius.‎

“Jika suhu panas masih tidak berganjak dan menunjukkan peningkatan kita akan tutup sekolah yang terlibat.

“Buat masa ini kita ‎‎menunggu laporan terkini dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berhubung sebarang berhubung cuaca panas‎ yang melanda sebelum membuat sebarang keputusan.

“Insya-ALLAH sebarang keputusan dan ditentukan esok dan jika cuaca panas berterusan di mana-mana yang mencatat suhu tinggi kita akan beri arahan selanjutnya,”‎ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis himpunan guru besar dan pengetua sekolah- sekolah Kelantan ‎di Dewan Bahagian Teknologi dan Pendidikan (BTP) di Pengkalan Chepa tengahari tadi.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Ab Aziz Abdullah.‎