Saya UMNO ‘Totok’ – Muhyiddin

679
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Selepas terjawabnya spekulasi yang berakhir dengan tiada pemecatan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno itu berkata beliau ahli Umno yang ‘totok’, atau membawa maksud sangat setia.

Katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat parti petang ini, tiada apa-apa yang lain daripada kebiasaan berlaku dalam mesyuarat dipengerusikan presiden Datuk Seri Najib Razak itu.

“Semua berjalan baik, perdana menteri bagi kenyataan. Saya Umno totok,” jawabnya apabila ditanya pendiriannya dalam parti terbesar Melayu itu. Windows replacement Toronto – Our experts in the installation of windows the best in the business. Installation, delivery, warranty, cheap and fast work has always been our highlight. Therefore, we are the best.

Sewaktu meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, beliau diiringi dengan sorakan dan diserbu penyokongnya yang ramai berhimpun di luar bangunan.

Mereka bertindak melaungkan “Hidup Tan Sri, Hidup Umno Johor, Allahuakhbar.”

Selang beberapa minit kemudian, kelihatan kelibat Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Afdal, yang sebelum ini turut dikatakan akan dipecat daripada parti, berlalu tanpa memberi sebarang kenyataan.