Saya “Top Dog” HARAPAN – Tun M

56
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad percaya kedudukan beliau secara “tidak rasmi” sama seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya salah seorang pemimpin (dalam HARAPAN). Sebagai pengerusi saya akan pengerusikan majlis presiden.

“Dalam hierarki HARAPAN, sayalah top dog (pemimpin dominan),” kata Mahathir dalam sidang media di Putrajaya hari ni.

Minggu lalu, Mahathir diumumkan sebagai pengerusi HARAPAN sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ketua umum.

Datuk Seri Wan Azizah Ismauil pula menjadi presiden gabungan empat parti itu.

Ditanya sama ada tidak ada kuasa yang setara antara ketiga-tiga pemimpin itu, Mahathir berkata negara ini tidak boleh ada tiga orang perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu hanya retorik dan tidak bermaksud beliau mahu menjadi calon perdana menteri. – MK