Saya Tetap Setia Kepada UMNO – Tun M

337
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian bahawa kesetiaannya kepada UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah goyah.

Bekas perdana menteri itu berkata sekiranya benar beliau dikatakan mahu menghancurkan UMNO, beliau mempunyai banyak peluang sepanjang 22 tahun menerajui kepimpinan parti dan negara.

“Saya mempunyai banyak peluang kalau kata saya nak hancurkan UMNO tapi pada masa kepimpinan saya, UMNO tak hancur pun.

“Saya boleh letak jawatan semasa negara mengalami krisis kewangan pada 1998 dan ketika isu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dahulu tetapi saya tidak berbuat begitu.

“Saya hanya meletak jawatan pada tahun 2002 setelah semua masalah dan krisis kewangan pulih. Dan kini saya pula dituduh mahu menghancurkan UMNO,” katanya pada sesi dialog bersama beliau anjuran Ketua Cawangan Badlishah, Kedah, Anuar Abdul Hamid di sini, pada Khamis.

Turut hadir bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid dan anggota bahagian dari Kedah, termasuk Pendang, Merbok, Kubang Pasu dan Baling. – AWANI