Saya Sentiasa Pertahan Hak Orang Islam, Bukan Islam – Maza

95
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Bagi mempertahankan hak orang ramai, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata beliau sentiasa berlaku adil dalam menyatakan pandangan mengenai orang Islam dan bukan Islam.

Dalam Islam katanya, perlu diberi ruang untuk mengamalkan agama mereka sama seperti orang bukan Islam yang mempunyai hak untuk berbuat demikian di negara ini.

Dr Asri mengulas di status laman Facebooknya pada 2 Januari lalu apabila beliau menggesa Malaysia Airlines (MAS) supaya membenarkan pramugari Islam memakai tudung dan tidak ditugaskan untuk menghidangkan alkohol.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa terkejut dikalangan netizen kerana mereka sentiasa dilihat sebagai seorang yang rasional dan progresif.

Walau bagaimanapun dari sudut hak asasi manusia, Dr Asri menegaskan bahawa dia sentiasa mempertahankan hak-hak orang Islam dan bukan Islam.

“Saya tidak pernah berkata bahawa anda perlu memaksa semua orang untuk tutup aurat. Ruang perlu diberikan kepada umat Islam untuk mengamalkan agama mereka. Dalam Islam, tidak patut untuk menghidangkan alkohol. Saya bercakap dari sudut hak asasi manusia.

“Jika seseorang memaksa bukan Islam untuk tutup aurat, saya tidak bersetuju kerana ia adalah hak mereka untuk memakai apa yang mereka mahu. Situasi yang sama juga perlu ada kepada umat Islam, mereka perlu diberi hak-hak untuk mengamalkan mengikut kepercayaan mereka,” katanya.

Dr Asri menjelaskan bahawa beliau tidak mencadangkan kepada MAS supaya semua pekerjanya menutup aurat sebaliknya beliau hanya bercakap mengenai hak-hak pekerja Islam.