Saya Akan Terus Kritik UMNO Dari Dalam – Muhyiddin

1225
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak akan keluar dari Umno mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun kata beliau, selaku masih ahli Umno beliau akan terus mengkritik salah laku yang dilakukan oleh kepimpinan Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semua orang tahu saya masih ahli Umno. Saya tidak akan meninggalkan Umno yang mana saya mula menjadi ahli pada tahun 1970.

“Apabila saya masih lagi ahli Umno, sudah menjadi hak dan tanggungjawab saya menegur apa yang tidak betul dalam Umno,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan pagi tadi di Bukit Damansara.