Sabah Belajar Dari UMNO Selangor – Musa Aman

264
0
SHARE

Oleh: Wartawan Mysuara

KELANA JAYA: Ahli dan pemimpin UMNO peringkat akar umbi perlu teguh di belakang kepimpinan tertinggi bagi menjamin kekuatan dan kelangsungan parti tertua itu menurut Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman.

kelanajaya“Apabila kita (USNO) berpecah dan keluar dari Barisan Nasional (BN), kita mundur… Kami keluar USNO dan masuk UMNO,” jelas Ketua Menteri Sabah itu berkongsi pengalaman penubuhan UMNO di Sabah kepada lebih 400 perwakilan sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Kelana Jaya.

“UMNO diharamkan lebih kritikal lagi. Yang penting kita keluar dari kemelut.

“Teruskan perjuangan kita, perjuangan tiada titik noktah. Teruskan menyokong UMNO, ikhlas kepada parti dan setia kepada pemimpin,” syornya mengenai rahsia untuk memperkuatkan parti.