Rusuhan Di Kota Raya: Lelaki Kena Penjara 4 Hari

70
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat hari dan denda RM1,800 ke atas seorang penjaga tempat letak kenderaan mengaku bersalah mengugut lima jurujual telefon bimbit di plaza berkenaan tiga hari lalu.

Lelaki itu didakwa mengugut untuk memecahkan kedai tempat kelima-lima mangsa bekerja di tingkat bawah kompleks itu di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur pada jam 5 petang, 20 Disember lalu.

Majistret Saifulakmal Said turut memerintahkan Khairuddin Arbi @ Omar, 38, dipenjara dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.