RoS Iktiraf Parti Amanah Negara

122
0
SHARE

GEORGE TOWN: Parti Amanah Negara (PAN) diiktiraf secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata Presiden parti Mohamad Sabu.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Komtar pada Jumaat berkata RoS telah meluluskan permohonan untuk menukar nama Parti Pekerja Malaysia kepada PAN.

“Kami baru sahaja menerima berita baik hari ini. Oleh itu, kini secara rasminya PAN adalah sebuah parti rasmi,” kata Mohamad Sabu.

Katanya, beliau juga yakin bahawa RoS juga akan meluluskan permohonan PAN untuk menggantikan gelaran ‘Pengerusi’ dengan gelaran ‘presiden’.