Rondaan Bersama PDRM, ATM Tingkatkan Keyakinan Tahap Keselamatan

372
0
SHARE

PUTRAJAYA: Rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan strategik, tarikan pelancong serta tumpuan pengunjung akan dipergiatkan bagi memberi keyakinan keselamatan kepada orang ramai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rondaan bersama itu akan dilaksanakan serta-merta untuk menghantar isyarat bahawa keadaan keselamatan di di negara ini berada dalam kawalan pihak berkuasa.

“Kehadiran rondaan bersama antara PDRM dan ATM boleh memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa pihak kerajaan sentiasa mengambil berat tentang sebarang kemungkinan yang boleh berlaku,” katanya dalam sidang media di Seri Perdana di sini Selasa.

Rondaan bersama PDRM dan ATM itu adalah antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan di sini Selasa.

Mesyuarat itu bagi membincangkan langkah keselamatan berikutan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan di beberapa bandar utama di dunia.