RM4 Bilion Unit Amanah Milik 1MDB di Pulau Cayman

49
0
SHARE

Oleh: MySuara

Foto: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM4 bilion (AS$940 juta) dalam bentuk unit amanah yang dilaburkan dalam Brazen Sky Limited yang didaftarkan di Pulau Cayman masih belum ditebus.

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata, pihaknya akan menebus unit tersebut dan dipindahkan ke International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi membayar hutang yang ditanggung 1MDB.

“Baki sebanyak AS$940 juta itu akan digunakan untuk penyelesaian hutang dalam IPIC,” kata Arul semasa menjawab soalan salah seorang hadirin ketika sesi penerangan 1MDB anjuran Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi tadi.

Katanya setakat ini, unit yang sudah ditebus dalam bentuk tunai adalah AS$1.4 bilion yang juga akan digunakan untuk tujuan mengurangkan hutang 1MDB.

Menurut Arul, pelaburan dalam Brazen mempunyai nilai kerana meningkat kepada AS$2.3 bilion pada 2014, berbanding pelaburan awal yang dibuat sebanyak AS$1.83 bilion.

“Jadi, nilai tersebut naik. Daripada nilai tersebut, 1MDB menebus dalam bentuk tunai AS$1.4 bilion daripada dana itu,” katanya.

SHARE
Previous articleArul Sedia Berdepan Pengkritik 1MDB
Next articleTPPA: Malaysia Tidak Akan Dijajah Amerika