Rizab Malaysia Antara Paling Banyak Jatuh

207
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Mexico, Indonesia dan Malaysia menyaksikan kejatuhan paling ketara simpanan bank pusat masing-masing dalam suku tahun terakhir.

Isu itu mencuri tumpuan terutamanya selepas rizab China, yang terbesar dalam dunia, jatuh dan mencipta rekod AS$180 bilion dalam suku ketiga susulan campur tangan untuk menyokong yuan selepas penurunan pada pertengahan Ogos.

Tetapi ekonomi yang sedang meningkat naik juga mengalami kemerosotan rizab masing-masing.

Banyak negara-negara cuba menyokong mata wang masing-masing, yang mencatat nilai rendah berbanding dolar Amerika Syarikat untuk berbulan-bulan.

Rizab Mexico dan Malaysia jatuh lebih AS$12 bilion antara Julai dan penghujung September.

Indonesia dan Korea Selatan pula masing-masing rugi AS$6.3 bilion dan US$6.9 bilion, walaupun sebahagiannya disebabkan kesan pertukaran euro-dolar.

SHARE
Previous articleAmpang Park Bakal ‘Disemadikan’
Next articleTiga Lelaki Dituduh Culik Kanak-Kanak Di Kajang