Rizab Antarabangsa BNM AS$97.5 Bilion Pada 30 Ogos

42
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM391.9 bilion (AS$97.5 bilion) pada 30 Ogos 2016. Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan adalah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan BNM sebentar tadi.

Hutang luar negeri jangka pendek merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Rizab BNM pada 29 Julai lalu berada pada RM391.1 bilion (AS$97.3 bilion).