Ringgit Rendah Pada Awal Dagangan

27
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, diseret oleh sentimen kuat mata wang Amerika, kata seorang peniaga.
Pada 9.10 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1950/2050 berbanding dolar daripada penutup Jumaat lepas pada 4.1700/1800.
Peniaga itu berkata, dolar AS meningkat berikutan inflasi AS yang lebih baik daripada jangkaan dan data pengangguran yang dikeluarkan minggu lepas. Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0295/0390 daripada 3.0124/0215 pada Jumaat dan susut berbanding yen kepada 3.5152/5250 daripada 3.4995/5094.
Ringgit lemah berbanding pound sterling kepada 6.4750/4921 daripada 6.4435/4610 dan turun berbanding euro kepada 4.7706/7828 daripada 4.7371/7497 sebelumnya.