Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS

15
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan minat belian baharu, kata peniaga.

Pada 9.01 pagi, ringgit berada pada 4.1830/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1925/1955 penutup semalam.

Bagaimanapun, pelabur berhati-hati menanti penyiaran data harga pengguna AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0760/0791 daripada 3.0793/0824 Selasa tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.6877/6910 daripada 3.6847/6884.

Ia turun berbanding euro kepada 4.9309/9349 daripada 4.9119/9171 dan susut berbanding pound British kepada 5.4990/5046 daripada 5.4901/4957.