Ringgit Didagang Tinggi Berbanding Dolar AS

19
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi pagi ini disokong oleh permintaan kukuh mata wang tempatan. Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0770/0820 berbanding dolar AS daripada 4.0830/0900 minggu lalu.

Pengukuhan nilai ringgit berbanding mata wang dolar adalah disebabkan oleh pengumuman data pekerjaan AS minggu lalu yang memberi isyarat bahawa sebarang kenaikan kadar faedah AS boleh ditangguhkan lagi.

Bagaimanapun, mata wang tempatan didagangkan rendah ebrbanding euro kepada 4.5495/5567 berbanding 4.5640/5734 pada Jumaat dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4216/4287 daripada 5.4161/3262.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9993/3.0048 daripada 3.0018/0080 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.9232/9292 daripada 3.9411/9498.