Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar

15
0
SHARE

Ringgit tinggi semasa memulakan dagangan pada minggu ini berbanding dolar Amerika setelah muncul kembali permintaan selepas kegiatan pengambilan untung sederhana minggu lepas, berikutan kemungkinan satu lagi ujian peluru berpandu oleh Korea Utara, kata peniaga-peniaga.

Pada pukul 9.15 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2290/2340 berbanding dolar AS daripada 4.2360/2390 yang dicatatkan pada Jumaat.

Mata wang tempatan bagaimanapun diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain hari ini.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0984/1025 daripada 3.0999/0039 yang dicatatkan pada Jumaat tetapi rendah berbanding yen kepada 3.7561/7615 daripada 3.7500/7533 pada minggu lepas.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9644/9720 daripada 4.9574/9626 yang dicatatkan pada Jumaat dan turun berbanding pound kepada 5.5345/5415 daripada 5.5326/5378 sebelumnya.