Rejal Arbee, Zainon Ahmad Dipilih Tokoh Wartawan Negara

122
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan Foto: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee dan bekas Pengarang Bersekutu Kumpulan New Straits Times, Allahyarham Zainon Ahmad dipilih sebagai Tokoh Wartawan Negara.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara Hadiah Kewartawan Malaysia MPI-Petronas 2014 di sini, hari ini.

Anugerah itu adalah sebagai menghargai sumbangan dua wartawan veteran itu dalam bidang penulisan dan kewartawanan tanah air sejak empat dekad lalu.

Pada majlis itu, hadiah wang tunai RM30,000 serta sijil penganugerahan diberikan kepada Ahmad Rejal dan ahli keluarga Allahyarham Zainon.

Antara wartawan veteran yang pernah menerima anugerah berkenaan ialah Tan Sri A Samad Ismail, Tan Sri Lee Siew Yee, Tan Sri Mazlan Nordin, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk Liew Chen Chuan.

Ahmad Rejal adalah antara pengamal media terawal yang meneroka konsep media dwibahasa dan juga antara kakitangan pengasas BERNAMA.

Sementara itu, Allahyarham Zainon yang menerima anugerah berkenaan secara posthumous dikenali sebagai kolumnis yang sering