Rani Kulup Beri Keterangan Berhubung Siasatan Terhadap “Sultan Melaka”

162
0
SHARE

MELAKA: Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan veteran tentera Abdul Rani Kulup telah memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadap Noor Jan Tuah yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata Abdul Rani telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Gombak pada jam 2.30 petang Selasa untuk memberi keterangan.

“Kami telah mengambil keterangannya bagi membantu siasatan berhubung laporan polis terhadap Noor Jan Tuah.

“Semuanya berjalan dengan lancar semasa proses itu,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Rani telah menerima gelaran ‘Datuk’ daripada Noor Jan Tuah pada 31 Disember dalam satu majlis istiadat persendirian.

Terdahulu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Noor Jan Tuah perlu terlebih dahulu meminda perlembagaan Persekutuan dan Melaka jika beliau menegaskan bahawa beliau adalah waris yang sah kepada takhta negeri ini.

Idris berkata, Suruhanjaya Reid telah mengisytiharkan Melaka sebagai negeri tanpa Sultan dan Yang Dipertua Negeri sebagai pengantara di antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Oleh itu, jika  (Noor Jan Tuah) mendakwa dia adalah Sultan yang sah, dia perlu meminda kedua-duanya.

“Buat masa ini, tidak ada ‘locus standi’ untuk dia mengatakan dirinya sebagai Sultan Melaka,” katanya.

SHARE
Previous articleAhmad Maslan Nafi Suruh Makan Nasi Lauk Kicap
Next articleJumlah Kutipan Bayaran Balik PTPTN Kalangan Penjawat Awam Meningkat 20 Peratus