‘Rang Undang-Undang MKN Beri PM Kuasa Besar’ – PKR

121
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran bimbang rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dibentangkan di Parlimen, semalam akan memberi kuasa yang berlebihan kepada perdana menteri serta membahayakan kebebasan awam.

Pemimpin PKR itu berkata, rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat itu adalah suatu perkara yang patut dirisaukan oleh semua rakyat..

“Ia memberikan perdana menteri secara peribadi bersama lapan anggota Majlis Keselamatan Negara yang dicadangkan di bawah rang undang-undang itu kuasa baru dengan sewenang-wenangnya yang meluas dan berbahaya,” kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik fasal 18 (1) rang undang-undang, beliau berkata ia akan membolehkan perdana menteri untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di negara ini sebagai “kawasan keselamatan”.

Pasukan keselamatan, termasuk Angkatan Tentera, akan diberi kuasa yang mutlak dalam kawasan keselamatan.

Lebih menonjol betapa seriusnya perkara itu, Surendran berkata tidak ada had yang ditetapkan kepada saiz kawasan yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.

“Sebahagian besar atau seluruh Malaysia boleh diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan,” katanya.

“Di samping itu, Perdana Menteri sendiri selama-lamanya boleh melanjutkan jangka masa enam bulan awal pengisytiharan kawasan keselamatan.”

Apa yang lebih luar biasa, beliau berkata, adalah bagaimana perdana menteri diberi kuasa yang besar untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan apabila ketenteraman awam adalah di bawah Menteri Dalam Negeri.

“Rang undang-undang itu memberi kuasa berlebihan di tangan perdana menteri. Ini tidak boleh diterima di bawah sistem demokrasi kita bahawa perdana menteri diberikan kuasa sedemikian.”

Kerajaan, semalam membentangkan rang undang-undang itu, untuk memberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kuasa yang luasuntuk menangani isu-isu keselamatan negara. – MK

SHARE
Previous articleUniversiti Swasta Turut Haramkan ‘Vape’
Next articleRM4.97 Bilion Tertunggak, 607,842 Gagal Bayar PTPTN