Ramai Ahli Amanah Kembali Ke Pangkuan PAS

220
0
SHARE

SHAH ALAM: Kepulangan bekas ahli PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN) ke pangkuan parti asal sudah dijangka. Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, bagaimanapun enggan menyatakan bilangan ahli PAN yang kembali menyertai PAS.

“Apa yang penting, mereka sudah kembali menyokong perjuangan PAS. Tidak perlu kita hebohkan siapa mereka atau berapa ramai bilangannya. “Tidak perlu kita mengungkit sejarah mereka bersama PAN, lupakan sahaja episod berkenaan.

“Sekarang adalah masa untuk berkhidmat kepada rakyat dan bekerja menumbangkan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mengesahkan ramai ahli PAN akan pulang ke pangkuan PAS dalam tempoh terdekat.

Takiyuddin berkata, kebanyakan ahli PAS keliru hingga menyokong perjuangan PAN, namun mereka kembali menyokong PAS secara berperingkat dalam tempoh enam bulan lalu.