Rafizi Tiba Di Mahkamah Majistret

188
0
SHARE
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tiba di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi untuk direman berhubung tindakannya mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia.

Beliau dibawa oleh beberapa anggota polis pada jam 1.50 tengah hari dan turut diiringi oleh barisan peguamnya, termasuk R Sivarasa.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditahan jam 6.05 petang semalam sejurus keluar dari bangunan Parlimen mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dipercayai susulan kenyataan medianya berhubung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan mengaitkannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).