Pyongyang Ancam Bom Kediaman Presiden Korea Selatan

169
0
SHARE

SEOUL: Korea Utara mengancam untuk menyerang kediaman rasmi presiden Korea Selatan, Blue House dan pangkalan tentera Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik.

“Semua senjata strategik dan taktikal kami akan digerakkan untuk menjalankan operasi itu,” menurut kenyataan Komander Agung Tentera Rakyat Korea.

Sambil membayangkan kesediaan untuk menggunakan peluru berpandu balistik, Pyongyang menyatakan ia akan bertindak jika latihan ketenteraan yang dijadualkan antara AS dan Korea Selatan pada awal Mac “bertindak” melancarkan serangan pertama terhadap rejim Kim Jong-un.

“Sasaran utama serangan adalah Cheong Wa Dae atau Blue House dan agensi berkaitan yang menjadi tempat pencetus konfrontasi,” menurut amaran Korea Utara itu. – AFP