Putrajaya Tidak Hiraukan Nasib Rakyat, Masa Depan Negara – PAS

219
0
SHARE

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengkritik Putrajaya kerana tidak menghiraukan nasib rakyat dan negara kerana mahu menyertai perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, apa yang membimbangkan adalah TPPA akan memberi kesan yang besar terhadap syarikat kecil tempatan termasuk syarikat Bumiputra.

“Apa yang kita bimbang ia mengganggu negara kita. Ia akan memberi kesan kepada syarikat kecil. Syarikat Bumiputera tidak mampu bersaing.

“Hari ini pun, dengan kos sara hidup meningkat, harga barang naik, tekanan ekonomi, sehingga ada menteri suruh buat 2 kerja dalam satu masa,” katanya dalam ucapannya pada perhimpunan Bantah TPPA di Padang Merbok di Kuala Lumpur hari ini.

“Sebenarnya inilah satu dilema yang sedang dihadapi rakyat negara kita.

“Memiliki sebuah kerajaan yang tidak pernah fikirkan nasib rakyat mereka sendiri, masa depan negara ini,” katanya. – INSIDER