Putrajaya Rugi RM180 Juta Eksport Bauksit – Rafizi

102
0
SHARE

KUALA LUMPUR: PKR hari ini menyuarakan rasa kebimbangannya apabila kadar duti eksport bagi bauksit seperti ditunjukkan laman Kastam Diraja Malaysia adalah 0%.

Menurut setiausaha agungnya Rafizi Ramli, ini bermakna eksport bauksit ke luar negara tidak dikenakan sebarang cukai dan Putrajaya tidak mengutip sebarang hasil daripada eksport tersebut.

“Menurut World Bureau of Metal Statistics, Malaysia dijangkakan mengeluarkan 20 juta tan bauksit dalam 2015 yang semuanya dieksport.

“Pada harga purata AS$45 per tan (RM180), jumlah eksport bauksit bagi 2015 sepatutnya mencecah RM3.6 bilion,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Naib presiden PKR itu juga berkata, ia bertepatan dengan anggaran royalti yang disebut Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob iaitu sebanyak RM180 juta.

“Ini bermakna kerajaan persekutuan membuat keputusan untuk tidak mencukai eksport bauksit sedangkan pengusaha bauksit dilaporkan mendapat kadar keuntungan bersih sehingga 40% bagi setiap tan bauksit. – INSIDER