Putrajaya Harus Segera Tangani Kejatuhan Ringgit – Sultan Johor

223
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Putrajaya agar segera menangani kejatuhan nilai ringgit.

Bertitah sempena sambutan ulang tahun ke-50 Rejimen Gerak Khas, baginda menegaskan gesaan itu dibuatnya selaku raja yang bertanggungjawab memastikan kemakmuran rakyat jelata.

“Sememangnya kedudukan saya sebagai raja tidak boleh mencampuri urusan politik, tetapi sebagai raja saya bertanggungjawab untuk memastikan suasana kehidupan rakyat di negeri saya berada dalam keadaan yang baik, maju dan makmur.

“Oleh itu saya mengesa kepada pihak kerajaan yang memerintah supaya segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini, antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk,” titahnya melalui ucapan yang dimuat naik melalui akaun Facebook Johor Southern Tigers hari ini.