Putrajaya Gagal Lindungi Hak Rakyat – SUARAM

158
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Dengan lulusnya Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN) malam tadi, NGO hak asasi manusia Suaram mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah gagal mengotai sumpahnya untuk melindungi hak rakyat Malaysia.

Ini kerana, dakwa Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy, RUU MKN akan menyebabkan batal dan tidak sah hak dan kebebasan yang dijamin kepada semua rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

Oleh itu, Suaram mengutuk kelulusan RUU MKN, kata Sevan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan bahawa masyarakat sivil telah cuba untuk berbincang dengan ahli Parlimen dan senator dari kedua-dua belah pihak, tetapi mendakwa ia tidak diendahkan oleh beberapa ahli Parlimen dan senator BN.

Malah Parlimen Eropah turut mengecam RUU MKN pada 17 Disember, kata Sevan yang mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah mengabaikannya dan meneruskan rancangan untuk menanggalkan lagi institusi demokrasi Malaysia.

Ini, katanya, akan hanya lebih mencemarkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa dan mendakwa mendedahkan kepalsuan pemimpin Malaysia sebagai liberal dan sederhana.

Kini, RUU MKN telah diluluskan yang memberi perdana menteri kuasa yang tidak pernah didengar dalam sejarah Malaysia sebelum ini, Sevan berkata Suaram tanpa ragu merasakan bahawa kuasa tersebut akhirnya akan digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat, dan memburukkan lagi pelanggaran hak asasi manusia. – MK