“Pua Jangan Jadi Pengecut, Sahut Cabaran Arul” – Ismail Sabri

50
0
SHARE

IPOH: Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua perlu menyahut cabaran berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Pua kini tidak mempunyai sebarang alasan untuk menolaknya selepas Arul hari ini mengumumkan kesediaan bersemuka dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada DAP itu secara langsung di televisyen berhubung isu 1MDB tanpa sebarang syarat.

“Oleh kerana Pua membuat berbagai-bagai tuduhan tanpa bukti dan sebagainya, saya harap Pua menyahut cabaran Arul… jangan jadi pengecut, dia mesti berani sahut cabaran itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail berkata demi keadilan, Pua harus meletakkan jawatannya dalam PAC sekiranya mahu berdebat dengan Arul kerana PAC sedang menyiasat 1MDB.

“Bagi saya, dia sepatutnya letak jawatan sebagai anggota PAC, soal Arul tak nak letak syarat maknanya dia berani untuk berhadapan dengan Pua.

“Saya harap tak ada lagi alasan-alasan lain daripada Pua untuk tidak berdebat dengan Arul,” katanya. – INSIDER

SHARE
Previous articleIntipati Belanjawan 2016 Negeri Selangor
Next articleTun M Dan ‘Orang Dalam’ Jadikan 1MDB Kontroversi – Arul Kanda