PRU-14: Menang Besar Matlamat Tiga Sayap

8
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tiga sayap UMNO berikrar menggalas dan melaksanakan amanah serta tugas untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain memperhebat gerak kerja di setiap peringkat ke arah memenangi PRU, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri juga akur mengenai keperluan menjaga perpaduan dan kesetiaan dalam kalangan ahli parti.

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pergerakan itu berikrar akan bekerja hingga fasa terakhir PRU14.

Katanya, pada masa sama Wanita UMNO mengambil tugas yang lebih bertanggungjawab untuk memastikan kemenangan besar parti.

“Wanita UMNO sudah bekerja selepas seminggu PRU ke-13 dan kita menjadi penghubung antara rakyat dan parti. Kita mendekati rakyat dan menjadi wakil parti di akar umbi serta jadi wakil rakyat untuk mengenengahkan isu mereka.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menghargai jentera kami. Kami mengambil serius kerja ini dan kita akan tingkatkan lagi kerja di akar umbi,” katanya.