Proton Panggil Balik 100,000 Model Exora, Preve Dan Suprima

199
0
SHARE

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd akan memanggil balik hampir 100,000 unit model Exora, Preve dan Suprima untuk membaiki hos penyejuk minyak CFE bermula pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata model-model ini berhadapan dengan masalah hos penyejuk minyak yang akan pecah selepas kereta mencapai perbatuan purata sebanyak 40,000 kilometer (km), disebabkan oleh degradasi bahan hos tersebut.

“Kami akan menghubungi para pemilik dan keutamaan akan diberikan kepada kereta dengan perbatuan 40,000 km dan ke atas. Kami berharap masalah ini akan selesai dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya kepada pemberita pada majlis prebiu Proton Perdana yang baharu di sini Selasa.