PRN Sarawak: Pakatan Harapan Letak Calon Di Semua 82 Kerusi DUN

294
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan hari ini berikrar memastikan, semua 82 kerusi negeri akan dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak, termasuk kubu kuat Barisan Nasional seperti kerusi Tanjung Datu yang dipegang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Calon PKR bagi kerusi Tanjung Datu ialah Jajolkipli Numan, 51.

Tetapi, beliau tidak hadir pada majlis pelancaran pusat operasi pilihan raya zon selatan PKR hari ini, di mana pengumuman dibuat mengenai nama 22 calon yang disahkan.

Adenan merupakan penyandang kerusi itu sejak 2006.

Pada pilihan raya negeri lepas, Adenan menang dalam pertandingan 3 penjuru menewaskan Nani Shari dari PAS dan Gilbert Asson Kulong (Bebas) dengan 3,000 undi majoriti. Kedua-duanya hilang wang pertaruhan. – INSIDER

SHARE
Previous articleZahid Tegur Peguam Negara Switzerland
Next articleNegara Perlu Menteri Bijak, Bukan Bahan Jenaka – TMJ