Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Tidak Perlu Dipertandingkan – Pemuda

15
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan bagi memastikan solidariti parti itu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata sokongan “sebulat hati” perlu diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengemudikan parti.

Katanya, keutamaan ketika ini adalah untuk memenangi pilihan raya umum dan bukan pemilihan parti.

“Biar kita ke medan perang dengan hati yang tenang, dengan fikiran yang lapang. Jangan terbeban dengan persoalan siapakah yang perlu diundi nanti.

“Jadi, ‘we settle the big question today’, tak perlu lagi dibelenggu persoalan ini. Maka dengan itu, di pentas ini Pemuda nak cadangkan – bila menang pilihan raya nanti, InsyaAllah, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak perlu dipertandingkan, dan kita beri sokongan sebulat hati kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk terus kemudi parti.

“Buang sarat persoalan itu jauh-jauh, sekarang kita fokus bagi BN menang besar,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.