Presiden Kafa: Jangan Ghairah Kejar Publisiti Murahan – Dr Vida

29
0
SHARE

PETALING JAYA: Saingan untuk mengisi kerusi panas Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang sedang hangat diperkatakan mendapat perhatian jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman.

Ketika ini, dua nama yang bakal bertanding jawatan tertinggi itu adalah pengasas Desa Murni Batik Kota Bharu, Bibi Ramjani Ilias Khan dan Naib Presiden Kafa, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Segalanya akan dimuktamadkan pada kongres pemilihan ke-63 persatuan itu, 17 September ini.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida pernah menaja skuad The Red Warriors (TRW) pada 2016 dengan perjanjian bernilai RM16 juta sebelum menangguh tajaannya tahun ini.

Usahawan kosmetik kelahiran Machang itu turut dilantik sebagai Penasihat Kehormat Kafa.

Sebagai bekas penaja TRW, Vida menasihati mana-mana individu yang mahu bertanding jawatan presiden supaya jangan terlalu ghairah mencari publisiti murahan menerusi Kafa.

Vida berkata demikian berdasarkan pengalamannya selama hampir setahun bersama pasukan negeri pantai timur itu.

Beliau mengakui terkilan kerana hasrat untuk memajukan skuad TRW disalah anggap penyokong yang kononnya mendakwa penajaannya dilakukan semata-mata untuk meraih publisiti atas kepentingan perniagaannya.