Polis Tak Ganggu Tugas SPRM – Timbalan KPN

155
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Polis menafikan tindakannya menyoal siasat beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertujuan mengganggu siasatan berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, polis bertindak sedemikian semata-mata untuk menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat berprofil tinggi berhubung siasatan isu itu kepada pihak tidak sewajarnya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan yang dijalankan pihaknya dibuat mengikut Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA 1989).

“Polis hanya mahu mencari siapa dalang yang membocorkan maklumat berkenaan dan bukan mahu mengganggu siasatan SPRM berhubung isu itu,” katanya pada pemberita di sini, sebentar tadi.

Beliau ditemui pada sidang media selepas selepas selesai memberi taklimat ketika lawatan dua Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri yang baru iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Kujat ke Bukit Aman, tadi.