Polis Siasat Komplot Gulingkan Kerajaan

213
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tiga laporan polis telah dibuat mengenai kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri berhubung cubaan seorang pemimpin Umno untuk menggulingkan kerajaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan menyiasat laporan yang dibuat.

“Kita tidak akan campur tangan berhubung perkara dalaman parti politik.

“Kita akan mengambil tindakan sekiranya kita dapati terdapat unsur yang tidak mengikut perlembagaan,” katanya di Bukit Aman pada Isnin.

Tambahnya, semua laporan itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menjejaskan demokrasi berparlimen.