Polis Perlu Ambil Tindakan Pantas Menyiasat Kes Bunuh Kevin Morais – Najib

200
0
SHARE

SUBANG: Datuk Seri Najib Razak mahu polis mengambil tindakan pantas dan menyiasat pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais.

“Saya mengutuk keras pembunuhan dahsyat DPP Kevin Morais. Takziah kepada keluarganya. @PDRMsia mesti mengambil tindakan cepat dan menyiasat kes ini,” katanya dalam akaun Twitternya semalam.

Mayat Kevin Morais ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya selepas salah seorang daripada 7 suspek membawa polis ke lokasi tong itu pagi semalam di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.