Polis Akan Siasat Jamal Yunos

40
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil dalam masa terdekat penganjur Himpunan Selamatkan Selangor yang diadakan pada Ahad di bangunan Umno Bahagian Ampang untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata pihaknya sebelum ini menjangkakan perhimpunan itu berlangsung di perkarangan sebuah pusat beli-belah di Ampang, namun peserta sebaliknya berkumpul di perkarangan bangunan Umno berkenaan.

“Polis akan siasat dari setiap aspek dan kita telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Penganjuran perhimpunan itu dikatakan tidak mendapat kebenaran polis atau Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan menyertai perhimpunan aman itu bagi menggesa kerajaan negeri mengotakan janji pilihan raya untuk membina rumah mampu milik.

SHARE
Previous article“BR1M Kurang Kalau Tak Naikkan Tol” – Najib
Next articleJerebu: Sekolah Di 7 Negeri Ditutup Esok