PM Boleh Dikeluarkan Sebelum Penggalnya Berakhir – Tun M

2698
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana menteri yang dipilih boleh dikeluarkan sebelum tempoh penggalnya berakhir tanpa mengira hakikat dia dilantik secara sah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas hujah terhadap penyingkiran Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir berkata perdana menteri itu berhak untuk menggubal dasar-dasar sendiri.

Bagaimanapun, katanya, ini bergantung kepada rakyat yang berhak untuk menilai dan juga menolak dasar-dasar itu dan juga perdana menteri.

“Hak rakyat termasuk menumbangkan PM baru secara aman dan mengikut undang-undang.

“Hakikat bahawa PM dipilih tidak bermakna dia tidak boleh dikeluarkan sebelum tempohnya itu berakhir,” tulis Mahathir dalam blognya hari ini.

Beliau berkata ramai perdana menteri di seluruh dunia juga pernah dipecat daripada jawatan masing-masing dan ini termasuk penyingkiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. – MK