PKR Akui Pembangkang Bergaduh Setiap Hari

83
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini seolah-olah membuka pekung sendiri apabila menyatakan barisan kempimpinan pembangkang bergaduh setiap hari dan tiada persefahaman.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Zin berkata, sekiranya perkara itu tidak ditanggani dengan segera ia akan memberi laluan sukar kepada mereka untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kata beliau, semua parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan harus bersatu untuk mencapai kemenangan bagi melawan Barisan Nasional (BN).

“Sekarang ni, setiap hari kita dengar pemimpin-pemimpin pembangkang bergaduh kerana tiada persefahaman dan kita dari PKR berharap agar semuanya tidak akan berpanjangan.

“PKR nampak semua permasalahan dan kami sedang berusaha untuk mendamaikan segala permasalahan atau perselisihan pendapat sesama pembangkang,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke 11 di Ideal Convention Centre (IDCC), pagi tadi.

Tambah Tze Zin lagi, kemenangan pembangkang pada PRU13 banyak disebabkan sokongan padu pembangkang dalam gabungan Pakatan Rakyat.

SHARE
Previous articlePKR Bayangkan Hanya Anwar Boleh Selamatkan Malaysia
Next articleUMNO Kini Parti Najib – Tun M