Pijak Gambar Najib: Pemuda Pekan Beri Amaran Keras

129
0
SHARE

PETALING JAYA:  Pemuda UMNO Bahagian  Pekan mendesak penganjur perhimpunan Bersih 4 memohon maaf kerana perbuatan peserta perhimpunan itu yang memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Shahruddin Ahmad berkata, perbuatan memijak gambar Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO adalah melampau, biadap dan provokatif.

“Jika tiada pihak dari entiti Bersih 4 tampil berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, bermakna kalian merestui dan bersubahat dengan perbuatan tersebut,” katanya dalam  kenyataan media.

Sharuddin berkata,  pihak penganjur juga perlu menyedari perbuatan yang tidak hormat sedemikian bakal mengheret persepsi dan memburukkan imej serta nama ‘bersih’ yang didukungi.

“Kami berlepas tangan, seandainya kemarahan yang sedang membakar kini kian marak dan membakar kamu jika enggan menyelesaikan keterlanjuran tersebut secara harmoni,” tegasnya.