Piala Presiden UMNO Kekal Di Melaka

232
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Debaran 15 finalis pertandingan akhir Pidato Piala Presiden UMNO 2015 berlangsung pagi tadi baru sahaja berakhir dengan kemenangan Mohd Raffe Madon dari Jasin, Melaka yang membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta piala pusingan dan piala iringan sementara naib johan dimenangi oleh Hanif Osman dari Kelana Jaya, Selangor dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta piala iringan.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Kamarulhairi Komeng dari Labis, Johor yang membawa pulang wang tunai RM10,000 dan piala iringan sementara 12 peserta yang lain menerima saguhati wang tunai RM2,000 dan piala iringan.

Majlis penyampaian hadiah yang berjumlah RM69,000 itu disempurnakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Pertandingan yang memasuki tahun kedua menyaksikan penyertaan seramai 573 orang mewakili 191 bahagian UMNO meliputi zon utara, timur, selatan, tengah dan Sabah yang bermula 18 Oktober lalu.