Peserta Perhimpunan Rempuh Halangan Polis

295
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan di Jalan Petaling dan Pavilion di sini cuba merempuh halangan yang dibentuk pasukan polis.

Di Pavilion, sekumpulan peserta yang mahu memasuki kawasan Bukit Bintang terutama Pavilion tetapi dihalang polis.

Polis mengepung kawasan itu tetapi peserta himpunan cuba merempuh dengan menjerit “buka buka”, malahan ada yang berjaya melepasi halangan itu.

Susulan itu, polis sedang berbincang dengan peserta himpunan baju merah untuk menetapkan laluan baru untuk mereka berarak.

Di Jalan Petaling pula, polis dapat mengawal keadaan bagi mengelak peserta perhimpunan itu berarak di situ, bagaimanapun mereka yang kembali ke lokasi pada pukul 1.40 petang dan cuba mendapatkan kebenaran polis.

Polis meminta mereka bersabar tetapi ada di kalangan peserta yang berteriak “masuk masuk” dan “hidup Melayu”.

“Kenapa kami tidak boleh masuk Petaling Street. Kami Mahu. Ia hak Melayu,” kata peserta perhimpunan itu lagi.

Kelihatan Rela juga dipanggil untuk membantu polis mengawal keadaan.