Persepsi Orang Ramai Bukan Di Pihak Najib – Wan Saiful

141
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Banyak kesan politik akan timbul daripada pengumuman terkini ‘penutupan fail’ mengenai sumbangan yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Masalah politik Perdana Menteri masih belum berakhir, kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan.

Dari segi persepsi orang ramai, ini bukan satu situasi menang untuk Najib walaupun Peguam Negara telah membuat keputusan bahawa Najib bersih daripada sebarang salah laku, katanya.

“Persepsi orang ramai tidak akan menyebelahi pihak Perdana Menteri.

“Malah, ramai orang akan mengatakan ini adalah keputusan yang telah dijangka tetapi mereka tidak pernah menjangkakan Peguam Negara yang akan membuat keputusan,” kata Wan Saiful dalam satu kenyataan, Selasa.

“Ini adalah satu kes yang mempunyai banyak kesan politik justeru penyelesaian undang-undang tidak mungkin menjadi pengakhirannya,” katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sepatutnya menarik diri daripada membuat keputusan untuk membebaskan Najib daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung derma politik RM2.6 bilion.

Sebaliknya, beliau berkata, perkara itu perlu diputuskan oleh Peguam Cara Negara.

“Apandi telah dilantik oleh Najib dalam keadaan yang paling luar biasa keadaan, apabila Tan Sri Gani Patail secara tiba-tiba dipecat pada 28 Julai.

“Apandi sepatutnya mengelakkan diri daripada sebarang konflik kepentingan dan menarik diri daripada membuat keputusan terhadap mana-mana kes mengenai kertas siasatan SPRM berkaitan dengan Najib dalam siasatannya ke atas skandal tersebut.

“Saya mengegesa supaya Apandi mendedahkan kepada awam cadangan SPRM dalam kertas siasatan mereka berhubung ‘derma’ RM2.6bil dan skandal SRC,” katanya.

Guan Eng menggesa kerajaan untuk membentuk panel tiga hakim yang terdiri daripada dua bekas hakim dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman untuk menentukan sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam keputusan Apandi ini. – MSTAR

SHARE
Previous articleSiasatan Derma RM2.6 Billion Teliti, Menyeluruh – Zahid
Next articlePelantikan Apandi Bukan Imbuhan Tutup Kes Najib – Azeez