Perlu Ada Sikap “Jaga Tepi Kain Orang” Kekang Ancaman Daesh – Asyraf Wajdi

100
0
SHARE

KOTA BAHRU: Masyarakat perlu mempertingkatkan kepedulian sosial mereka dengan mengambil tanggungjawab bersama membantu kerajaan menangani ancaman pengganas Daesh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata militan Daesh berbeza dengan kumpulan militan lain kerana ia tidak mempunyai struktur organisasi yang khusus.

“Dahulu, jika kita dapat tangkap ketua atau anggota sesebuah kumpulan militan, kumpulan itu akan dapat dibasmi.

“Namun ia berbeza dengan Daesh kerana ia tidak mempunyai struktur atau punjemaah dan individu boleh terpengaruh walau hanya dengan menonton dakyah yang disebarkan oleh kumpulan itu menerusi media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Islam di Malaysia dan menyampaikan watikah pelantikan kepada 337 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), di sini, Ahad.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Kubang Kerian Datuk Muhammad Abdul Ghani. Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata masyarakat kini perlu mempunyai sifat ‘jaga tepi kain orang’ bagi mengekang penularan fahaman Daesh di negara ini.

“Kita perlu tangani masalah ini secara holistik dan tidak hanya bergantung kepada pasukan keselamatan dan perundangan sahaja.

“Kita sendiri perlu menjadi sebahagian daripada ‘pasukan’ untuk menangani masalah ini dengan mempertingkat kepedulian sosial dalam kalangan masyarakat,”katanya.

SHARE
Previous articleNegara Perlu Menteri Bijak, Bukan Bahan Jenaka – TMJ
Next articleNajib Tersenarai Sebagai Sasaran IS – Akhbar Cina