Perkauman Di Malaysia Perlu Dibendung, Elak Pembersihan Etnik – Zahid

106
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Isu perkauman di negara ini masih dalam kelompok yang kecil, namun ia boleh menjurus kepada pembersihan etnik sekiranya tidak dibendung, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga menteri dalam negeri berkata demikian ketika ditanya pandangan beliau mengenai ancaman perkauman yang perlu ditangani di peringkat Asean.

“Rasisme adalah pada saya, sikap perkauman yang dalam kelompok kecil, tetapi soal militansi, radikalisme dan ekstremisme itu lebih luas bentuknya.

“Maka, kita khuatir jika rasisme ini tidak dibendung daripada awal, akan berlaku ‘ethnic cleansing’ (pembersihan etnik) seperti yang berlaku di beberapa negara.

“Dan ini mesti dielakkan,” katanya selepas mempengerusikan perjumpaan “Special Asean Ministerial Meeting on the Rise of Radicalisation and Violent Extremism (SAMMRRVE)” di Kuala Lumpur hari ini.- INSIDER