Perdagangan Malaysia-Perancis Terus Kukuh

13
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Perancis mempunyai hubungan perdagangan kukuh menerusi pelaburan berterusan yang meliputi pelbagai sektor.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sebanyak 270 syarikat Perancis melabur di Malaysia setakat ini, dengan jumlah dagangan meningkat 6.3 peratus kepada RM15.23 bilion, tahun lalu.

“Pelaburan berkenaan meliputi beberapa sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan dan kewangan,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara beberapa syarikat Malaysia dan Perancis di sini, hari ini.

Malaysia dan Perancis  memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pertahanan. Majlis turut disaksikan Presiden Perancis, Francois Hollande.

Mustapa berkata, Perancis adalah antara kuasa ekonomi besar dunia dan MoU berkenaan diharap memperkukuhkan hubungan perdagangan kedua-dua negara.

“Kecekapan pengurusan dan pentadbiran Malaysia diharap terus meraih keyakinan negara luar untuk melabur di sini,” katanya.