Perbelanjaan GST Akan Didedah Kepada Rakyat

211
0
SHARE

PETALING JAYA: Kerajaan akan mendedahkan kepada rakyat jumlah kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan bagaimana wang itu dibelanjakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendedahan secara terperinci itu akan dibuat dalam Bajet 2016 yang dijangka dibentangkan Oktober ini.

Katanya, kerajaan akan membuktikan kutipan GST daripada rakyat dikembalikan semula kepada rakyat selaras dengan prinsip ‘daripada rakyat kembali kepada rakyat’.

“Saya berpegang kepada prinsip daripada rakyat kita akan kembalikan kepada rakyat.

“Saya berjanji bahawa hasil tambahan daripada GST akan dipaparkan dalam ‪#‎Bajet2016‬ ke arah mana kita belanjakan hasil itu untuk rakyat,” tulisnya Perdana Menteri di Facebook.