Perangi Jenayah Dengan Cara ‘Buta Warna’

155
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

Foto: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa diharapkan dapat memerangi jenayah di negara ini dengan cara ‘buta warna’.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, melalui cara itu penangkapan dan usaha menangani jenayah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

“Buta warna (bermaksud) bukan hanya orang Melayu atau bukan Melayu sahaja yang ditangkap.

“Buta warna bukan hanya jenis jenayah tertentu yang diambil tindakan.

“Buta warna ertinya, sebarang bentuk jenayah sama ada jenayah terancang atau apa saja aktiviti yang mendatangkan bahaya dalam negara, mesti diambil tindakan,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap dalam sidang meja bulat mengenai pencegahan jenayah di Pusat Konvensyen Sime Darby, tengah hari tadi.

Sementara itu, Zahid turut menegaskan bahawa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang terlibat dalam membantu memerangi jenayah harus bekerjasama dengan baik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya berharap polis dan MCPF saling berkerjasama ibarat orang kahwin,” seloroh beliau.

Beliau berkata lagi, diharap jenayah dapat dikurangkan dengan kadar maksimum menjelang tahun 2020.

SHARE
Previous article1MDB Akan Jadi Kekuatan Kepada BN – Annuar Musa
Next articleHarga Rokok Naik Hari Ini